40 pelajar City University terima pendedahan dari MOTAC

14 Aug 2019

 

Sekumpulan 40 pelajar City University hari ini didedahkan dengan pelbagai isu oleh wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berhubung pelbagai isu berkaitan pelancongan negara.

Antara isu yang diutarakan oleh pegawai Bahagian Polisi Budaya MOTAC, Dr Tan Awang Besar adalah mengenai masalah yang dihadapi industri pelancongan negara yang kini jatuh sebanyak 30 peratus, sejak dua tahun kebelakangan ini.

 

Dr Tan berkata, faktor yang disebut kepada pelajar universiti adalah berkaitan persaingan dengan negara jiran dan peningkatan rakyat Malaysia sendiri yang lebih gemar melancong ke luar negara.

Katanya, misi utama kementerian pada tahun depan adalah untuk bekerjasama dengan China bagi mempromosi pelancongan di Malaysia dan menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan pada tahun-tahun berikutnya.

 

Dalam pertemuan itu juga, Dr Tan menerangkan mengenai peranan setiap bahagian di bawah kementerian termasuk usaha untuk memastikan nilai pelancongan terjaga.

Selain itu, pertemuan turut diwakili Ketua Penolong Setiausaha MOTAC, Ahmad Zaharuddin Salim yang membincangkan mengenai isu perhubungan awam. Sumber Berita Harian Online

Untuk gambar berkaitan lawatan ini, sila layari https://www.city.edu.my/gallery