Oleh Aufa Mardhiah
Pada 13 April yang lalu, pelajar-pelajar City University di hostel kediaman Damai, Puchong telah menerima kunjungan Dato Azizul bin Tandek. Lawatan yang bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar kelahiran Borneo telah diterima dengan baik oleh warga hostel.
Sumber Gambar: En. Masri, City University
Beliau yang merupakan Naib Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Sabah juga merangkap Ketua Pemuda Gerakan Negeri Sabah turut bersimpati akan nasib pelajar-pelajar yang tidak kesampaian untuk pulang ke pangkuan keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Sumber Gambar: En. Masri, City University
Oleh itu, beliau dengan berbesar hatinya turun padang bagi memantau dan memastikan sendiri keadaan pelajar Borneo di hostel Damai berada di dalam keadaan terkawal dengan bekalan makanan yang mencukupi.
Sumber Gambar: En. Masri, City University
Lawatan yang mengambil masa selama 2 jam itu sedikit-sebanyak membantu membangkitkan semangat para pelajar untuk kuat dan terus berjuang demi menempuhi peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung. Antara cabaran dan kekangan yang ditempuhi para pelajar termasuklah kesempitan wang tunai dan kepayahan sambungan internet yang mengganggu konsetrasi pelajar untuk mengulang-kaji pelajaran.
Sumber Gambar: En. Masri, City University
Sebelum ini juga terdapat beberapa pihak yang sudi memberi sumbangan yang tidak hanya terhad kepada pelajar Borneo malah untuk kesemua pelajar-pelajar City University di hostel Damai dan Mentari seperti Natasha Ozeir dan Syed Hafiz yang merupakan EXCO Belia PPBM, Encik Hazley dari Pasta Panas dan beberapa lagi individu lain yang diterima dengan hati yang terbuka.
Sumber Gambar: En. Masri, City University
Ribuan terima kasih diucapkan pada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shie Apdal dan Dato’ Azizul atas keprihatinan terhadap pelajar Sabah di City University. Jasa anda amat dihargai.