Peluang Menebus Kredit e-tunai eBelia Anda!

Dalam keadaan yang kian mencabar tentunya setiap bantuan begitu bermakna. Tanpa mengira latar belakang rakyat, Belanjawan 2021 akan menjamin kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti setempat.

Ekoran Pandemik COVID-19, banyak sektor ekonomi mula mempertingkatkan penggunaan teknologi digital termasuk sektor pendidikan yang sudah mula melakukan transformasi ke arah pembelajaran secara dalam talian.

Demi menyokong penggunaan teknologi digital dan perkhidmatan atas talian, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program eBelia dengan peruntukan RM300 juta di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM150 kepada 2 juta belia warganegara berumur 18 – 20 tahun serta penuntut IPT sepenuh masa bagi menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia, disamping menyokong peralihan PKS ke platform dalam talian.

Untuk info lanjut, pelajar boleh mendapatkan maklumat di laman web tertera berikut;

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ebelia