Selamat Datang ke City University SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif

PETALING JAYA – SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif telah mendaftar untuk program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan bersama City University (City U) hari ini.

Sumber Gambar: City University Malaysia

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Pengurusan di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut bergelar pelakon dan membintangi drama kepolisan Gerak Khas sejak tahun 1999 hingga 2001, dan kini beliau kembali aktif dalam bidang lakonan untuk menjayakan wataknya sebagai SAC Saiful dalam drama bersiri itu.

Sorotan dari Gerak Khas 2001 The Movie

City U menjadi pilihan Pegawai Kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyambung pengajian sejak 2015. Hal ini bermulanya penawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda selaras dengan tanggungjawab sosial korporat universiti melalui tawaran separa biasiswa kepada agensi penguatkuasaan dan uniform seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebagainya.

Setiap tahun anggaran 400 – 500 pelajar baharu penjawat awam PDRM mendaftar di bawah program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di City U.

Apa yang membuatkan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di City U istimewa dan menarik adalah pengkhususan penguatkuasaan undang-undang yang diterapkan di dalam sukatan pelajaran.

Sumber Gambar: City University Malaysia